AKU INGIN MENJADI INSAN DAGANG
Bismillahirrahmanirrahim… 2010 Pagi-pagi bulan ramadhan ni, selesai menunaikan solat
subuh ahli keluarga semua menyambung tidur semula sementara menunggu
matahari muncul di ufuk timur. Yang bekerja akan bergerak terus ke
tempat kerja sementara yang bersekolah akan ke sekolah. saya? Hurm,
terasa malas hendak menyambung tidur. Apatah lagi perut masih terasa
kenyang selepas bersahur tadi. Selesai menunaikan solat subuh dan
membaca beberapa baris ayat2 alquran a membuka laptop dan mula
menaip apa yang mahu dikongsikan kepada semua pembaca dan sahabat blog
ana.
Semalam
dengan rasa malas dan terpaksanya ana pergi ke cyber cafe untuk
melayari internet. Maklumlah, di rumah tiada jaringan internet. Mama
cakap, mahal nak langgan. Tak apalah, ana pergi juga memandangkan mama
dah meminta tolong. Adik kecilku mahu di sekolahkan ke sekolah tahfiz.
Ingin kusurvey seluruh sekolah tahfiz yang ada di kawasanku ini.
Kurempitkan motosikal kapcaiku yang comel ini. Adik lelakiku membonceng
di belakang. Pagi-pagi lagi mukanya sudah kelihatan. Tak sekolah katanya
hari ini. Cuti Nisfu Syaaban. Sekurang-kurangnya ada juga yang
menemankan.
Setibanya di cyber café yang dimaksudkan kutolak pintu masuknya. Kuberikan salam kepada adik manis yang menjaga kaunter.
“Dik, akak pasang laptop ea…”
“Okey,
kak.” Adik tu tersenyum manis. Agaknya dia lepasan SPM. Sementara
menunggu kemasukan ke university dia bekerja sambilan. Bagus. Tak buang
masa.
Kutolehkan
pandanganku ke ruang luas dalam cyber café itu. Darahku menyirap naik
ke muka. Terasa merah wajahku. Malu. ‘Kenapa semua orang memandang ke
arahku? Hidungku terbangkah atau mataku juling sebelah?’
“Kak, kenapa semua pandang akak?”
“Entah, tak pernah nampak orang agaknya.” Kucoverkan perasaan maluku ini.
Orang
melayu kita, orang islam tapi pelik melihat tatacara dan pemakaian
muslimah. Maklumlah, ana sering keluar memakai baju kurung dikenakan
dengan tudung labuh. Mata-mata itu memandang ana dari atas ke bawah.
Terasa pandangan mereka tembus seperti laser jet panas berapi. Sekiranya
hendak memandang cukuplah sekadar kilasan tetapi pandangan itu sangat
menyakitkan hati. Ada yang berbisik di belakang ada juga yang tersenyum
sinis tak kurang juga yang tersenyum ikhlas. Entahlah, hati manusia
siapa yang dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah satu-satunya.
Kadang-kadang kita sebagai manusia sendiri tak dapat memahami hati
sendiri. Ana mengambil tempat di sebelah adikku. Dia membantu membukakan
laptopku sementara laptopnya sudah terpasang. Cuba kutolehkan semula
kepalaku memandang para manusia yang turut sama ada di situ, masih lagi
pandangan mereka melekat pada diriku. Tanpa sengaja, ana terlepas kata.
“Teruskan kerja-kerja kamu semua ya, saya bukan artis pun.”
Alamak!
Ia terkeluar. On the spot. Langsung tak sedar. Terbawa-bawa dek
perasaan yang menekan. Wajah-wajah itu terus menunduk. Malu dengan
teguranku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat kutewaskan pandangan
mata mereka. Ana seorang Hawa’ yang tidak mahu direnung oleh kaum Adam
sedemikian rupa. Ana merupakan manusia yang punya hati yang tidak mahu
dipertikai dan diperlekeh oleh kaum sejenisku sendiri dek kerana
perbezaan pakaian dan caraku.
Ke
mana sahaja ana pergi pasti ada mata yang memandang tanpa henti. Dari
atas ke bawah. Lengkap. Semuanya mahu direnung. Pakaianku aneh bagi
mereka. Tapi tak kurang juga yang bermanis wajah dan bersikap sopan dengan diriku.
Kuberjalan
mencari mana-mana makanan untuk juadah berbuka di bazar, masih lagi
dengan adikku. Berjalan dan terus berjalan. Terpandangkan karipap comel
jualan seorang makcik. Ana menghampirinya.
“Assalamualaikum, makcik. Makcik, inti apa ya karipap ni...”
“Waalaikumussalam. Inti keledek, dik.” Jawab makcik itu sambil senyuman manis terukir di wajahnya. Sedap mata memandang.
“Keledek. Alhamdulillah. Sedap ni. Makcik, saya nak dua ringgit ya. Dua ringgit lima, kan?”
“Adik ni belajar lagi ke?” Makcik itu mengajukan pertanyaan.
“Ya, makcik. Di UM. Jurusan Syariah.”
“Alhamdulillah.
Makcik teringin sangat nak anak-anak makcik macam adik ni. Sedap mata
memandang. Sejuk perut ibu yang mengandung. Nikmat peluh ayah bekerja.
Tapi masing-masing memilih jalan hidup sendiri.” Wajahnya yang murah
dengan senyuman tadi bertukar muram.
“Makcik,
anak-anak itu permata. Walaubagaimanapun mereka, mereka tetap bergelar
anak. InsyaAllah, tanpa makcik sedari merekalah sebenarnya yang terbaik
untuk makcik. Sekarang mungkin tak jelas lagi tapi satu hari nanti ia
akan bersinar. Mutiara itu perlukan masa untuk dihasilkan.” Ana cuba
menyejukkan hatinya. Diatur kata-kata supaya ia tak terlajak. Terlajak
perahu boleh diundur tetapi kalau terlajak kata amat buruk padahnya.
Makcik
itu membungkuskan karipap seperti yang diminta tadi. Tiba-tiba dia
menambah beberapa ketul kuih lain ke dalam plastikku. “Makcik sedekah.”
Katanya. Ana tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Terus berlalu pergi
dihantar oleh pandangan matanya. Ada sinar di mata ibu tadi. Hati ibu
tak siapa dapat menterjemah tetapi ada maksud yang tersirat di situ.
Punya maksud yang sangat halus pengertiannya. Suatu harapan buat
anak-anak. InsyaAllah, sinarnya pasti ada. Walupun ia lambat tiba.
Hidayah Allah itu ada di mana-mana.
“Islam
itu datang dalam keadaan dagang yakni asing. Maka beruntung dan
berbahagialah bagi insan-insan dagang.” Sedikit tazkirah pendek untuk
adikku.
Biar
kita terbuang dalam kalangan manusia asalkan berada dekat di sisi
Allah. Tiada guna bagi seseorang insan itu segala yang ada di
sekelilingnya andai kasih Allah sudah menjadi miliknya. Terima kasih ya
Allah. Jadikanlah diriku ini dengan Iman dan punya nafsu yang terdidik
dengan Taqwa kepadaMu. Aku ingin menjadi insan dagang.
Harrah's Cherokee Casino and Hotel - Mapyro
BalasHapus› casinos › harrahs-cherokee › 경산 출장샵 casinos 오산 출장안마 › harrahs-cherokee Find 포항 출장안마 Harrah's Cherokee Casino and Hotel address in 거제 출장안마 Cherokee, 경상남도 출장샵 NC, United States and other local government websites.